Profile Picture

Nuha Eevana *******

Sarjana Muda - Universiti Utara Malaysia

Jitra, Kedah

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Seorang tutor sepenuh masa untuk kelas secara fizikal dan atas talian. Mempunyai pengalaman sebagai tutor untuk pelajar pra sekolah dan sekolah rendah untuk subjek 3M, Membaca (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris), Iqra', Bahasa Melayu (Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah), Bahasa Inggeris (Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah), Matematik (Sekolah Rendah), Sejarah (Sekolah Rendah, Sekolah Menengah) dan Geografi (Sekolah Menengah). Pernah terlibat dalam aktiviti kesukarelawan sebagai tutor di pendalaman Kedah selama 2 bulan di bawah program #UntukMalaysia. Selain itu, pernah juga terlibat sebagai tutor sukarelawan di sebuah sekolah anak yatim di Kedah selama sebulan. Kemahiran dalam bidang penyelidikan juga telah memberi peluang untuk menjadi pembantu penyelidikan kepada seorang guru sekolah rendah bagi kajian Kaedah Pengajaran Jawi pada tahun 2018. Merupakan seorang yang seimbang dalam akademik dan kokorikulum sejak sekolah hingga ke menara gading dan pernah menyertai pertandingan Tilawah Quran pada tahun 2012 dan 2015. Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pendidikan telah menjadi dorongan untuk sentiasa berusaha untuk mendapatkan kaedah pembelajaran yang terbaik dan bersesuaian dengan pelajar. Mampu membimbing pelajar yang lemah dan mampu mendorong pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Kebolehan mengajar dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menjadi kelebihan untuk mengajar pelajar daripada pelbagai latar belakang. Berjaya membantu pelajar pra sekolah untuk menguasai 3M sebelum melangkah ke sekolah rendah sepanjang perkhidmatan sebagai tutor pra sekolah dan guru tadika. Turut berjaya dalam membantu pelajar darjah 1, 3 dan 4 menguasai silibus Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris sebelum melangkah ke darjah yang berikutnya. Akhir sekali, berjaya membantu seorang pelajar SPM yang kebiasaanya mendapat C dalam Subjek Sejarah untuk mendapat A dalam subjek tersebut.
Teknik Pengajaran
Secara 'one-to-one' atau 'small group'. Menggunakan kaedah pembelajaran abad 21 dan International Baccalaureate.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika
Membaca - BI Tadika
Membaca - BM Tadika
Jawi Tadika
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sains Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6