Profile Picture

Nur Umi *******

Sarjana Muda - Bachelor of Education (Mathematics) with Hons

Cheng, Melaka

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya cikgu Umairah. Saya merupakan seorang tutor yang berpengalaman selama 5 bulan dalam mendidik pelajar tadika, pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah. Saya merupakan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris dan telah bergraduasi dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Matematik) dengan kepujian. Dalam bidang pendidikan, subjek Matematik merupakan subjek major saya, manakala subjek fizik merupakan subjek minor. Dengan kesungguhan dan komitmen yang diberikan dalam pengajaran, saya pasti akan membantu anak anda mahupun adik-adik yang mempunyai kesukaran dalam subjek Mateamatik.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang digunakan semasa menjalankan kelas adalah teknik penyoalan dan perbincangan. Teknik penyoalan dapat membantu murid untuk mengimbas kembali serta memperkukuhkan konsep atau kemahiran yang telah dipelajari. Selain itu, teknik penyoalan dapat membimbing murid untuk menyertai pembelajaran secara aktif dalam sesi soal jawab. Saya turut menggunakan bahasa matematik yang sesuai dengan taraf pencapaian murid, disamping saya akan menyediakan soalan yang tepat mengikut objektif kajian. Pada akhir pembelajaran, teknik perbincangan digunakan untuk menggalakkan murid memberi pandangan masing-masing. Kaedah perbincangan turut dapat membina kemahiran berinteraksi dan membantu murid untuk berfikir dengan teliti.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 1