mytutor_mobile
Profile Picture

Maznisahwani Izlyn *******

Sijil - Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Major Bahasa Melayu

Kota kinabalu, Sabah

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hai. Saya merupakan pelajar sepenuh masa dalam Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan major subjek Bahasa Melayu (SK) di IPG Kampus Gaya, Sabah. Subjek Bahasa Melayu merupakan subjek major saya manakala subjek Matematik adalah subjek minor. Mempunyai pengalaman dalam mengajar teknik asas 3M dan merupakan bekas pembantu pengajar di sebuah taska membolehkan saya mengajar kanak-kanak dengan lebih berkesan. Bukan itu sahaja, menjadi seorang pelajar sepenuh masa di IPG memberikan saya pelbagai pengetahuan dan pengalaman dalam mendidik kanak-kanak terutamanya dalam subjek Bahasa Melayu. Saya juga mahir dalam meningkatkan motivasi dan disiplin pelajar kerana berikut merupakan asas yang perlu ada dalam setiap bakal pendidik. Jadi, marilah bersama-sama melahirkan pelajar yang cemerlang bersama saya.
Teknik Pengajaran
Secara umumnya, teknik pengajaran yang akan saya gunakan adalah teknik perbincangan yang mana merupakan satu teknik yang melibatkan proses aktif antara guru dengan murid. Teknik ini membantu murid untuk berfikir dengan teliti dan membantu dalam mewujudkan interaksi sosial yang positif.
Selain itu, teknik pengajaran yang saya akan gunakan juga ialah teknik demonstrasi iaitu tunjuk cara . Teknik ini akan saya gunakan sebagai cara untuk mengulang kaji yang mana saya akan menunjukkan contoh kepada murid untuk menyelesaikan masalah.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 3, Darjah 4
Matematik Darjah 3, Darjah 4