Profile Picture

Muhammad Nur *******

Sarjana Muda - Pendidikan Islam

Kluang, Johor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum wbt. Nama saya Muhammad Nur Syamim bin Sohani. Saya berusia 26 tahun. Saya telah mendapat pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Abdul Razak, Sarawak dalam bidang Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Kini, saya sedang melanjutkan pengajian saya di peringkat Master di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam bidang Pengajian Kurikulum. Saya merupakan guru Bahasa Arab dan Pendidikan Islam di SK Taman Selesa Jaya, Skudai Johor. Pengalaman menjadi tutor secara bersemuka dan atas talian adalah selama lapan tahun.
Teknik Pengajaran
Saya lebih cenderung untuk melaksanakan kelas secara atas talian kerana ia boleh dilakukan pada bila-bila masa mengikut kesesuaian masa saya dan murid serta di mana-mana sahaja. Untuk pendidikan Al-Quran (Mengaji), saya lebih banyak menggunakan kaedah secara talaqi musyafahah. Bagi murid yang masih di peringkat permulaan, teknik Baca Ikut Guru merupakan teknik yang saya gunakan. Manakala, bagi Bahasa Arab, saya lebih banyak menggunakan pendekatan secara hafaz kalimat-kalimat tertentu serta bimbingan berpusatkan guru dan murid.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Al-Quran Mengaji
Bahasa Arab Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6