Profile Picture

Siti Nur *******

Sarjana Muda - Currently in Degree level for Teaching English as Second Language (Institut Pendidikan Guru)

Telok Panglima Garang, Selangor

Institut Perguruan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Teacher Umairah. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman. Saya mempunyai pengalaman dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek bahasa Inggeris merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya pernah ditugaskan untuk membuat modul subjek Bahasa Inggeris bagi pelajar sekolah rendah. Saya juga sentiasa peka dengan tips-tips terkini yang boleh digunapakai dalam pengaplikasian Bahasa Inggeris. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Berpengalaman selama 3 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Saya sentiasa peka dengan ‘trend’ dan isu semasa dalam kalangan para pelajar hari ini. Oleh itu, saya dapat melakukan pendekatan yang memberi kesan dalam pelajaran mereka. Saya sentiasa mempelbagai teknik-teknik dalam pengajaran agar pelajar dapat kekal fokus dan tidak bosan. Saya menggunakan teknik permainan, muzik, dan perbualan sebelum melakukan praktis. Pelajar akan lebih terkesan kerana mereka dapat belajar dengan aktif iaitu mendengar, melihat, dan berfikir. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6