Profile Picture

Nurul Izzati *******

(Online & Physical)

Sijil Pelajaran Malaysia(spm) - Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong, Pahang

Universiti Sains Islam Malaysia (Ongoing Study)

Bandar Baru Bangi, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Lebih mesra dikenali sebagai cikgu Izzati. Pengalaman saya dalam bidang mengajar adalah saya pernah menjadi tutor kimia, biologi, bahasa arab, matematik dan matematik tambahan kepada rakan rakan saya semasa SPM. Saya gemar belajar dan saya sentiasa mendapat keputusan cemerlang termasuk di alam universiti dengan memperoleh anugerah dekan semua semester. Saya juga merupakan al hafizah 30 juz pada usia 16 tahun. Semasa di sekolah, saya sering menyertai pertandingan hafazan setiap tahun dan pernah berjaya ke peringkat akhir hafazan MUIP. Kini, saya sedang melanjutkan pengajian dalam bidang kimia di USIM. Subjek major saya adalah mengaji alquran, sains, kimia dan matematik manakala subjek minor pula bahasa melayu dan pendidikan islam. Saya juga mahir dalam perancangan, pengurusan masa dan pengisian data serta mampu bergaul dan berkongsi teknik belajar study smart dan kata-kata motivasi buat pelajar. Nak anak anda cemerlang naqli dan aqli? Pilih saya sebagai tutor anak anda.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang saya biasa gunakan untuk mengaji adalah dengar dan betulkan bacaan mengikut hukum tajwid. Bagi yang baru belajar, teknik ulang dan ikut bacaan akan digunakan. Bagi bahagian akademik, saya akan recap semula pelajaran dan menggunakan aplikasi kahoot dan quizziz pada akhir pembelajaran. Saya juga akan memberikan nota ringkas bersesuaian dengan topik harian. Saya juga akan menggunakan pendekatan perbincangan soalan - soalan peperiksaan atau latihan berkala supaya anak didikan saya tahu bagaimana cara untuk menjawab peperiksaan dengan betul dan mengaplikasikan topik yang mereka belajar dalam kelas. Kepuasan serta penambahbaikan prestasi pelajar adalah keutamaan saya. <3
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 2, Darjah 3
Sains Darjah 3