mytutor_mobile
Profile Picture

Nurul Fatini *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Syariah

Universiti Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Telah Bergraduasi)

Kota Bharu, Kelantan

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Fatini. Saya merupakan lepasan pelajar Sarjana Syariah di UniSHAMS, manakala Sarjana Muda saya dalam bidang Pengajian Islam di salah satu universiti di Maghiribi atau dikenali dengan Morocco. Saya berpengalaman sebagai seorang tutor dalam bidang pengajian islam dan bahasa arab di peringkat sekolah rendah, menengah, diploma, asasi dan degree. Berbahasa arab adalah satu kelebihan yang saya miliki dan mengajar bahasa arab di pelbagai peringkat umur adalah minat dan kebolehan saya. Saya juga berpengalaman sebagai seorang pensyarah kerana saya yelah berkhidmat sebagai pensyarah yang mengajar pelajar diploma di Kolej Teknologi Darulnaim selama setahun dalam bidang Pengajian Islam. Nak belajar bahasa arab untuk diri sendiri atau untuk anak anda skor cemerlang dalam ujian? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Saya berkebolehan dalam menyediakan modul pengajaran selaras dengan silibus kpm atau negeri. Keadah mengajar saya ada melihat kepada kekurangan pelajar dalam subjek tersebut dan mengatasinya melalui :
1. Penerangan topik tersebut melalui nota ringkas.
2. Pelbagaikan latih tubi yang dirangka sesuai dengan topik.
3. Ulangan sehingga pelajar mahir topik tersebut.
Subjek
Subjek Tahap
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Tingkatan 5
P. Islam Tingkatan 5
Bahasa Arab Tingkatan 5, Tingkatan 4, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1, Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Universiti - Diploma
Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 5