Profile Picture

Farah Nur *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Sains Genetik, Universiti Kebangsaan Malaysia (Ukm) - 2016 Sehingga 2019

Universiti Kebangsaan Malaysia (Telah Bergraduasi)

Sepang, Selangor

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya pernah bekerja dan mengajar di Little Caliphs Preschool selama 3 tahun dan berpengalaman dalam mengajar 3M. Kemudian saya membuat kerja sambilan pada setiap cuti semester sebagai guru sambilan di sekolah menengah dan juga personal home tutor bagi subjek Matematik, Sains dan Biologi (menengah & rendah). Kini saya mengembangkan lagi pengalaman saya di MyTutor dan berkemahiran bagi subjek Matematik, Sains & Biologi (Sekolah Rendah: Darjah 4-6, Sekolah Menengah: Tingkatan 4-5). Saya sangat komited dalam memastikan supaya semua pelajar-pelajar saya dapat memahami setiap konsep pelajaran dan dapat menjawab soalan dengan baik sekaligus memastikan mereka menunjukkan peningkatan yang positif dari masa ke masa.
Teknik Pengajaran
- Pengajaran berdasarkan skema dan format SPM bagi subjek menengah atas
- Di awal pembelajaran, saya akan menyediakan beberapa soalan dari setiap topik untuk mengenalpasti topik yang kurang difahami oleh pelajar
- Sebelum sesi pengajaran selesai, saya akan imbas (recap) bersama pelajar tentang topik-topik yang dipelajari dengan menyediakan pop quiz untuk mengenalpasti tahap kefahaman pelajar
- Setiap pelajar saya, saya suka memfokuskan teknik menjawab soalan dan teknik permarkahan soalan supaya pelajar terbiasa dan mudah memahami bentuk soalan yang diberikan dalam setiap kertas soalan
- Saya sering mengemaskini slaid pembentangan dan menyediakan soalan-soalan yang berformatkan KSSR serta KSSM
- Sistem analogi sering digunakan agar pelajar mudah faham konsep sesebuah topik terutama bagi subjek Sains dan Biologi
Penilaian & Maklumbalas

Nur Fadzliyani Binti Ramli : Bahasa Inggeris

Good

Nooryanti Binti Sa'afi : Biologi - Bahasa Melayu

Terbaik

Subjek
Subjek Tahap
Sains Tingkatan 5, Tingkatan 4, Tingkatan 2, Tingkatan 1, Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 5, Tingkatan 4
Sains - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 5, Tingkatan 4, Tingkatan 2, Tingkatan 1, Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4
Matematik Tingkatan 2, Tingkatan 1, Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 2, Tingkatan 1, Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4