mytutor_mobile
Profile Picture

Norkamila Binti *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor Science (hons.) Mathematics

Kuala Selangor, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Nama saya Norkamila Binti Mat Dian berasal dari Kuala Selangor dan sekarang menetap di Shah alam. Saya merupakan pelajar semester akhir dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian Matematik yang sedang menjalani latihan industri. Saya mempunyai kelulusan Diploma dan sekarang akan mengakhiri Ijazah saya. Saya sangat berminat dalam mengajar terutama dalam bidang matematik kerana itu merupakan kekuatan saya sejak sekolah. Saya mempunyai pengalaman mengajar kelas tuisyen sementara di rumah dalam subjek teras sekolah rendah. Saya yakin dengan pengalaman yang telah saya pelajari saya dapat membantu ramai pelajar untuk mahir dalam pelajaran yang lemah dan sekaligus dapat meningkatkan lagi kemahiran saya dalam mendidik.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang saya mahir untuk diaplikasikan adalah teknik demontrasi atau tunjuk cara. Teknik ini adalah satu kaedah pembelajaran dengan menunjukkan contoh atau membuat uji kaji. Kaedah tunjuk cara adalah satu kaedah yang memerlukan pengelibatan kedua-dua pihak iaitu guru dan murid melalui pengajaran yang disampaikan melalui praktikal. Guru dan murid akan sama-sama terlibat dalam melakukan aktiviti sama ada pada waktu yang sama atau berbeza. Kaedah ini melihat kepada keupayaan murid untuk mengingat adalah lebih baik jika mereka membuat sesuatu secara sendiri berbanding dengan perkara yang mereka dengar atau lihat. Kaedah ini memberi peluang kepada murid untuk belajar bukan sahaja secara teori semata-mata, bahkan dapat melakukan perkara yang dipelajari secara praktikal. Sebagai contoh, dalam subjek matematik. Saya akan menunjuk dahulu cara penyelesaian bagi soalan tersebut dan memberi keterangan agar pelajar dapat memahami langkah untuk menjawab soalan tersebut. Selepas itu, saya akan memberi peluang kepada pelajar tersebut untuk menjawab soalan itu sendiri untuk menilai tahap kefahaman pelajar itu.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tadika