mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Farah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sains Fizik Industri (universiti Teknologi Malaysia)

Setapak, WP Kuala Lumpur

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Nama saya Nur Farah Syafiqah binti Othman, boleh panggil saya Teacher Farah. Saya berpusat di dua buah kawasan iaitu Setapak, Kuala Lumpur dan Shah Alam @ Subang, Selangor. Berbekalkan sijil dalam Sarjana Muda Sains Fizik Industri dan pengalaman mengajar subjek matematik secara "vedic @ advanced math" di salah sebuah pusat tusyen yang berkemahiran dalam subjek tersebut, saya memilih untuk mengajar subjek-subjek bagi tahap berikut: 1) Matematik - Darjah 1-6 - Tingkatan 1-3 2) Fizik - Tingkatan 4 & 5
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang saya gunakan bagi kedua dua subjek diatas adalah berdasarkan tahap dan kemampuan anak tuan puan.

Bagi matematik sekolah rendah, saya lebih suka menekankan tentang kepentingan sifir dan cara untuk mengira sifir dengan mudah mengikut matematik secara vedik.

Bagi matematik menengah bawah, saya akan mengajar ikut school method dahulu sambil memberi cara lain yang ada untuk mereka gunakan. Hal ini kerana, saya tak nak pelajar berasa keliru ketika cuba menjawab soalan dengan kepelbagaian method dalam menjawab.

Dalam kelas saya, saya akan pastikan kami membuat lebih daripada 3 soalan supaya pelajar boleh terbiasa sebelum melakukan soalan kerja rumah yang saya akan tinggalkan disetiap hujung kelas.

Selain itu, bagi subjek fizik pula, saya lebih fokus dan tekankan kepada cara nak fahamkan konsep melalui definisi dan formula sesuatu topik tu. Saya cuba membantu pelajar untuk fahamkan terlebih dahulu sebelum cuba menghafal. Kebiasaannya kelas fizik lebih banyak digunakan untuk fahamkan dan perbincangkan tentang konsep yang ada. Beberapa soalan latihan akan dicuba bersama sebelum ditinggalkan sebagai kerja rumah.
Penilaian & Maklumbalas

Nor Yaslina : Matematik

Ok

Nor Yaslina : Matematik

Anak saya suka & selesa belajar dgn tutor math Farah Syafiqah

Nor Yaslina : Matematik

Alhamdulillah anak saya suka tutor ni.. & ada minat nak belajar

Nor Yaslina : Matematik

Topik yang diajar mudah difahami

Nor Yaslina : Matematik

Alhamdulillah.. saya puas hati atas komitmen yg diberikan

Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sains Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sains - DLP Bahasa Inggeris Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Fizik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5