Profile Picture

Muhammad Haikal *******

Sarjana Muda - Bachelor of Mechanical Precision Engineering in Universiti Teknologi Malaysia (UTM

Setapak, WP Kuala Lumpur

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Nama saya Cikgu Muhammad Haikal bin Mohd Faiz Azmi. Anda boleh memanggil saya dengan panggilan Cikgu Haikal. Saya merupakan pelajar tahun akhir jurusan Kejuruteraan Mekanikal (Mechanical Precision Engineering) di sebuah fakulti yang bernama Malaysia Japan International Institute of Technology (MJIIT) terletak di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTM KL). Kebolehan saya dalam mengajar subjek matematik bermula sewaktu zaman sekolah menengah saya lagi dan saya merupakan salah seorang mentor dalam bahasa matematik dan semangat saya dalam matematik sangat tinggi sehingga berjaya mendapat A+ sewaktu SPM 2017. Bukan sahaja saya mahir dalam mengajar subjek matematik, saya juga mengajar Al-Quran untuk semua lapisan umur dan saya juga ada beberapa pelajar Mualaf Jepun sehingga sekarang saya masih mengajar diorang dalam memahami agama dan Al-Quran menggunakan bahasa Jepun yang saya pelajari di universiti sekarang.
Teknik Pengajaran
Berdasarkan subjek yang saya fokus sekarang iaitu matematik, saya suka menggunakan kaedah memahami daripada asas matematik untuk menyelesaikan masalah KBAT yang menjadi masalah ramai pelajar sekarang. Tambahan pula, ramai pelajar sekarang yang agak ketinggalan dengan silibus-silibus matematik yang diajarkan di sekolah disebabkan pandemik Covid-19 yang meruntuhkan semangat pelajar untuk belajar dengan sebaik mungkin. Teknik yang saya suka gunakan untuk anak-anak murid saya iaitu dengan mengajar dan menyelesaikan masalah bersama-sama selepas itu saya akan minta dia selesaikan terus soalan yang telah dipelajarinya sebentar tadi. Dengan menggunakan kaedah ini pelajar dapat terus memahami cara menjawab soalan melibatkan topik-topik yang telah mereka pelajari.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4