Profile Picture

Fauzana Amirah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Engineering Technology Transportation In Rail

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Pagoh) (Telah Bergraduasi)

Petaling Jaya, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan graduan Teknologi Kejuruteraan Pengangkutan Rel pertama di Malaysia. Saya telahpun menceburi bidang sebagai tenaga pengajar sejak 2017 sebagai seorang guru KAFA. Saya juga merupakan hasil didikan pelajar dari sekolah agama. Setelah itu sya melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda dan masih menjadi tutor sambilan untuk matematik dan matematik tambahan bagi pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5. Semasa musim covid-19, saya masih giat aktif dalam mendidik anak sekolah rendah untuk belajar membaca, menulis dan mengira. Saya juga berpengalaman untuk mengajar anak autism untuk menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira). Menjadi seorang pendidik merupakan satu minat saya. Oleh demikian, saya amat berdedikasi dan sabar dengan pelajar yang lemah dan tetap mengajar supaya pelajar terus mendalami ilmu yang saya ajarkan dan mempraktikkan ilmu tersebut di dalam kehidupan harian. Subjek utama saya ialah pendidikan islam dan matematik. Saya menghadkan subjek untuk saya lebih fokus mengajar dan mengutamakan pelajar yang lemah dalam subjek tersebut.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan kaedah komunikasi dua hala supaya pelajar bergerak aktif dan seronok untuk belajar. Saya juga akan mengajarkan beberapa teknik dari negara jiran hasil perkongsian ilmu dengan sahabat-sahabat saya yang belajar diluar negara. Saya percaya setiap pelajar mempunyai cara tersendiri untuk seronok belajar dan mudah faham dan ingat apa yang diajarkan dan sya juga bersedia untuk menerokai minat-minat pelajar yang berlainan supaya pelajar akan lebih cemerlang dalam pembelajaran di masa akan datang. Selain itu, saya juga akan mengajar para pelajar untuk membuat nota yang menarik untuk lebih mudah faham dan ingat apa yang dipelajari.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6