mytutor_mobile
Profile Picture

Abdul Hafiz *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Doctor Of Medicine (mbbch), Alexandria University

Sungai Buloh, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Salam sejahtera, terima kasih kerana sudi melawat profil saya. Saya merupakan doktor perubatan yang memiliki pengalaman bekerja dalam pelbagai industri lebih 15 tahun. Untuk pengetahuan pihak tuan/ puan, saya merupakan bekas pelajar perubatan bawah SPC (Skim Pelajar Cemerlang) oleh MARA, yang telah menghantar saya ke Timur Tengah (Mesir) untuk belajar di Universiti Iskandariah. Saya juga merupakan "batch" terakhir yang berjaya melanjutkan pelajaran secara terus ke peringkat sarjana selepas SPM. Malah, saya juga merupakan anak didik Institusi MARA (MRSM Kuala Kubu Bharu) sejak tingkatan 1 hingga 5. Sepanjang pendidikan saya tersebut, "batch" kami merupakan "batch" yang terbaik untuk PMR, dan berjaya merangkul MRSM terbaik. Tambahan pula,sepanjang perkhidmatan saya bawah KKM, saya berjaya mendapatkan anugerah khidmat cemerlang ketika khidmat saya di Hospital Selayang. Malah, saya juga berjaya menubuhkan Unit Kintsukuroi yang merupakan unit yang bertanggungjawab untuk mendengar keluhan dan kebimbangan doktor siswazah, serta memberi kaunseling untuk meringankan beban mereka. Saya juga ada pengalaman mengajar sebagai guru tuisyen bawah PIBG dan guru sandaran bawah MOE selama 6 bulan. Dalam tempoh perkhidmatan tersebut, saya mengajar pelbagai subjek, antaranya: Bahasa Melayu dan Inggeris, Pendidikan Islam, Seni reka, Sains dan Biologi, serta "Creative writing". Secara peribadi, ke semua klien- klien saya (kaunseling, pesakit dan pelajar) secara amnya, mengatakan keterampilan peribadi saya yang mudah berkawan, mudah mesra malah mereka mengatakan amat selesa di samping saya walaupun hanya berjumpa sejak pertama kali. Maka, saya berharap agar pihak tuan/ puan dapat memilih saya sebagai pendidik untuk anak tuan/ puan dan bersama- sama menuju kejayaan.
Teknik Pengajaran
Teknik yang biasa saya gunakan ketika mengajar (mengikut keadaan, tempat, sumber, masa dan pelajar itu sendiri) berteraskan konsep yang telah diterapkan kepada saya, ketika saya belajar 20 tahun lepas iaitu konsep KBKK.

KBKK- Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Kritis: (Critical thinking, i.e.; question, analyze, interpret, evaluate and make a judgement about what you read, hear, say, or write.)

Question: 5W 1H- When, Who, What, Why, Which/Where,- How
Analyze: The ability to pull and extract information from an excerpt or sentence or picture or any medium and able to construct and inference for said problem
Interpret: The ability to form a conclusion from an inference from a problem that you had analyze in your own point of view
Evaluate: The ability to dig deep into a problem providing more evidence relying on your attitude of being eager to obtain more knowledge (curious)
Judgement: 360 degrees of examination and logical thinking with proper evidence and solid inference, hypothesis and conclusions.

Kreatif- is a type of thinking that is opposite of critical thinking. While critical thinking relies on logic, which meant a proper way to do a work or project or to solve a problem, creative thinking implies that, the ability to think outside of the box, providing new exciting ways to solve a problem, being more flexible to manage one's project in a manner way more variable thinking.

Maka, kemahiran KBKK menekankan pemikiran yang menggunakan fakta dan pemikiran yang boleh menggunakan suatu fakta itu dengan kreatif. Sebagai contoh, seandainya rumah papan yang dibina memerlukan paku, namun tiada paku dapat dijumpai di mana- mana, maka: Fakta: Paku digunakan untuk menghubungkan dua kayu/ papan agar tidak tercabut. Pemikiran Kreatif: selain paku apa yang boleh menggantikannya untuk menghubungkan 2 papan/kayu. Jawapan: Gam kayu.
Namun begitu, jika diperhatikan di tema "evaluate" kita boleh fikir lebih mendalam lagi selain gam kayu, apa lagi yang boleh digunakan untuk menyiapkan rumah papan ini- Jawapan: Teknik Tanggam

Tambahan kepada teknik KBKK, saya juga akan menitikberatkan B. U. F. U. S kepada belajar khususnya subjek yang memiliki fakta yang banyak seperti Sejarah, Sains dan Pendidikan Islam.

BUFUS ialah- BACA ULANG FAHAM ULANG SOALAN

Selain KBKK, BUFUS, pendekatan belajar melalui latihan, pembelajaran melalui permainan, pembelajaran melalui media dan pembelajaran melalui kumpulan.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 4, Darjah 6
Sains Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Mengaji - Iqra Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Jawi Darjah 4, Darjah 6
Membaca - BM Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Inggeris Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Melayu Darjah 6