mytutor_mobile
Profile Picture

Siti Fatimah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Diploma In Public Administration

Universiti Teknologi MARA (Raub) (Telah Bergraduasi)

Kuantan, Pahang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Teacher Siti. Saya merupakan seorang guru tadika dan tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 2 tahun dalam mendidik anak-anak seawal umur 4 sehingga 6 tahun, pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Saya berpengalaman dalam melatih Menulis, Mengira dan Membaca. Membaca adalah keutamaan saya kepada anak-anak dan saya boleh mengajar cara-cara menulis dengan berkesan seawal usia 4 tahun. Subjek bahasa Melayu merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala bahasa Inggeris merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 2 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Saya menggunakan kaedah phonics kepada anak-anak dalam bacaan, mengenali huruf-huruf dahulu dan menggunakan latihan menulis dan memegang pensel dengan betul. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika
Seni & Kraf Tadika
Membaca - BI Tadika
Membaca - BM Tadika
Bahasa Melayu Tadika, Darjah 1
Bahasa Inggeris Tadika, Darjah 1