mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Liana *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Sains Statistik (Kepujian)

Universiti Teknologi MARA (Kota Bharu) (Telah Bergraduasi)

Karangan, Kedah

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Teacher Liana. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 3 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek Matematik merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Matematik Tambahan dan Bahasa Melayu merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam mengenalpasti dan mengenali perwatakan setiap klien/anak tutor adalah suatu kelebihan saya. Pengalaman sebagai guru tutor dan pembantu pengurus cawangan sebuah francais pusat terapi minda (HOME Terapi Matematik) sehingga kini menjadikan saya berpengalaman membantu pelajar merawat masalah matematik daripada akar umbi serta mengurangkan maths anxiety yang sering dialami ramai pelajar. Nak anak minat belajar Matematik serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman 5 tahun dalam bidang tutoring dan mentoring, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Mengendalikan ujian diagnosis mengenalpasti masalah sebenar setiap pelajar pada permulaan sesi merupakan pendekatan pertama saya merangka pelan membantu pelajar. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Saya juga menyelitkan aktiviti merangsang minda seperti braingym game tools dalam setiap sesi tutor bersama pelajar.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Dewasa
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5