Saya Muhammad Maududi Bin Murat. Saya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Malaya (UM). Saya merupakan pelajar cemerlang SPM dan berjaya mendapat 8A+ termasuk subjek matematik dan matematik tambahan. Pencapaian tertinggi saya dalam matematik, pernah mendapat Bronze Award Singapore and Asian Schools Math Olympiad (SASMO) pada peringkat antarabangsa.
Saya berpengalaman menjadi tutor selama 3 tahun bagi subjek Matematik dan Matematik Tambahan. Bergiat aktif mengajar dan menghasilkan konten akademik di media sosial seperti Youtube, Tiktok dan Telegram (pemilik kepada akaun Sembang2 Maths).
Anak lemah matematik? Boleh hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan teknik pengajaran yang kreatif seperti penggunaan beberapa tips yang berkesan iaitu, tips hafal, tips sistematik, tips kata kunci, tips akronim dan juga tips 1 for all. Saya mementingkan pengajaran yang sistematik dan kaedah menjawab soalan termasuk kemahiran menggunakan kalkulator. Bahan tambahan seperti video dan nota pengajaran akan diberikan untuk rujukan pelajar mahupun ibu bapa. Teknik yang saya gunakan mudah difahami dan dapat disesuaikan dengan semua tahap kemampuan pelajar. Pelajar yang lemah dan tidak fokus akan diberikan tumpuan yang lebih dan disediakan bahan tambahan seperti video dan latihan berkaitan konsep asas tajuk yang dipelajari.