Profile Picture

Wan Dzafirul *******

Sarjana Muda - Foundation Swasta At Institut Bahasa Teikyo

Setapak, WP Kuala Lumpur

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya kini seorang pelajar tahun akhir di UTM KL dalam kursus sarjana muda Kejuruteraan Sistem Elektronik. Saya berpengalaman menjadi tutor sejak dari zaman sekolah lagi. Semasa di SM Sains Sultan Mahmud, saya ditugaskan menjadi mentor untuk orang pelajar semasa tingkatan 5. Saya juga merupakan pelajar terbaik dalam subjek Matematik, Matematik Tambahan, Fizik dan Bahasa Inggeris. Saya menerima anugerah Tokoh Pelajar selepas SPM. Sekarang di universiti, saya menjadi tutor membantu junior-junior mempelajari Bahasa Jepun.
Teaching Method(s)
Pengalaman saya sejak dari zaman sekolah telah mengajar saya untuk mendahulukan konsep dalam apa-apa subjek sekalipun. Saya akan menggunakan pelbagai teknik untuk menjelaskan konsep seperti contoh ataupun bantuan visual. Selepas betul-betul memahami sesuatu konsep, barulah saya akan mengajar mengaplikasikan konsep tersebut untuk menjawab soalan. Kemudian, saya akan melatih pelajar dengan pelbagai soalan untuk membiasakan mereka memahami dan menjawab soalan.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 3, Tingkatan 1, Tingkatan 2