mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Haziqah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor In Education - Tesl (hons)

Management & Science University (Telah Bergraduasi)

Pasir Gudang, Johor

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Salam perkenalan, nama saya Nur Haziqah binti Razhan, seorang graduan Bachelor in Teaching English as Second Language dari Management and Science University (MSU), Shah Alam. Saya telah menceburi dalam bidang Pendidikan Bahasa Inggeris selama 7 tahun. Saya mempunyai pengalaman sebagai guru terlatih bagi subjek mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 selama 6 bulan di SMK Subang Jaya. Selain itu, saya juga mempunyai pengalaman sebagai tutor sambilan dalam mengajar murid tahun 1 hingga tahun 4 dalam subjek Komunikasi Bahasa Inggeris. Saya mempunyai pengalaman bekerja sebagai editor buku Bahasa Inggeris aras sekolah rendah dan sekolah menengah di sebuah syarikat penerbitan. Kini saya bekerja sebagai pendidik di pusat motivasi dan mendidik pelajar dari segi displin dan teknik belajar. Sifat saya yang penyayang, penyabar dan peramah terhadap kanak-kanak menjadikan saya seorang guru yang berkualiti dan sedia berkhidmat demi masa hadapan anak-anak.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran adalah amat penting bagi penyampaian sesuatu pembelajaran. Saya mengaplikasikan teknik pembelajaran abad ke-21, dimana saya akan menggunakan sumber berasas teknologi seperti multimedia, lagu, gambar dan video bagi menyampaikan pengajaran lebih efektif. Selain itu, saya juga mengaplikasikan hasil kerja kreatif secara DIY seperti learning artifacts, flashcards, board games dan permainan kad bagi menarik minat dan perhatian pelajar agar mereka dapat memahami pengajaran saya dengan lebih berkesan. Kaedah mengajar yang saya menggunakan ialah berfokus kepada Constructivist Approach, dimana pelajar boleh berdikari dan belajar sesuatu dengan sendirinya dengan ketergantungan yang terhad daripada guru. Saya percaya kaedah ini adalah efektik kerana pelajar mampu belajar sambil mengeksplorasi dunia secara semula jadi dalam meningkatkan ilmu pengetahuan.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Dewasa, Darjah 4
Membaca - BM Tadika
Membaca - BI Tadika