mytutor_mobile
Profile Picture

Nabilah Adila *******

Sarjana Muda - Sarjana Muda Kesihatan Dan Keselamatan Persekitaran - Uitm

Kinta, Perak

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hi. Saya Cikgu Nabilah. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi, bersungguh dan mempunyai banyak pengalaman dalam mengajar tidak kira di sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Saya kini sedang melanjutkan pelajaran dalam Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) di UKM, mode cuti sekolah. Saya sangat bersemangat untuk mengaplikasikan pelbagai ilmu yang telah saya peroleh bagi kebaikan anak didik saya. Pengalaman saya dalam dunia pendidikan ialah saya telah mengajar lebih daripada lima buah sekolah kerajaan di sekitar Kinta, Perak sebagai guru ganti. Pelbagai subjek pernah saya mengajar seperti Matematik, Bahasa Melayu, Sains, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Bahasa Inggeris. Saya telah melihat pelbagai perubahan dan kejayaan terhadap murid yang saya ajar terutamanya dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu. Percaya bahawa setiap individu mempunyai cara pendekatan dan penerimaan yang berbeza menjadikan saya seorang guru yang kreatif dalam mencungkil bakat, meningkatkan kefahaman murid serta kemahiran mereka. Ayuh! Sama-sama berusaha meningkatkan prestasi mereka dalam akademik tetapi tidak melupakan sahsiah juga. Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman dalam mengajar serta sedang menuntut ilmu pendidikan, menjadikan saya seorang yang sangat memahami tentang kepelbagaian kecerdasan murid. Tahap penerimaan murid yang berbeza-beza menjadikan cara penyampaian dalam pengajaran dan pembelajaran juga mestilah berbeza-beza. Dengan pendekatan yang lebih rapat seperti ini, teknik pengajaran yang akan digunakan akan diubah dan bersesuaian dengan anak-anak puan/tuan. Teknik didik hibur dan peta minda akan digunakan semasa pengajaran mengikut kesesuaian matapelajaran. Teknik peta minda dan 'chunking' (teknik mengingat) akan digunakan terutamanya dalam subjek-subjek yang memerlukan murid untuk mengingat. Berpengalaman mengaplikasikan kaedah mudah dalam menghafal sifir dapat membantu murid terutama dalam mata pelajaran matematik. Ayuhlah. Setiap kebolehan anak tuan/puan akan dinilai dan dibantu dari semasa ke semasa.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Membaca - BM Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sains Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Melayu Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Sejarah Darjah 5, Darjah 6, Darjah 4, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3