About Me
Saya Cikgu Lisa. Saya merupakan tutor secara sepenuh masa yang mendidik pelajar sama ada sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek Matematik adalah subjek major dalam bidang pendidikan saya manakala bahasa Melayu dan Inggeris adalah subjek minor saya. Saya juga boleh mengajar dalam bidang Fizik dan ilmu sains. Walaubagaimanapun saya belum mencapai sebagai guru yang berpengalaman luas tetapi sedang berusaha kearah itu. Saya seorang yang kreatif yang akan cuba menggunakan pelbagai kreativiti dalam kelas penyampaian ilmu saya. Saya boleh memimpin pelajar yang lemah dan memotivasikan pelajar supaya suka belajar dan seterusnya cemerlang dalam pelajaran
Teaching Method(s)
Teknik Pengajaran saya adalah memahirkan dan mengulangkaji setiap sub topik subjek matapelajaran. Saya akan memastikan pelajar mahir konsep topik pelajaran. Kemudian saya akan tambah baik lagi dengan latih tubi serta mengkaji soalan-soalan tahun lepas dan juga soalan yang kerap ditanya dalam peperiksaan. Memastikan pelajar mahir konsep dan gembira dalam mengulang kaji pelajaran adalah matlamat saya.