mytutor_mobile
Profile Picture

Nursyafiqah Binti *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Perakuanan

Universiti Teknologi MARA (Segamat) (Telah Bergraduasi)

Kuala Sungai Baru, Melaka

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hai! Perkenalkan diri saya, Cikgu Iqa. Saya merupakan seorang tutor yang berpengalaman hampir 9 tahun dalam membantu murid untuk meningkatkan pengetahuan dan keyakinan dalam suatu mata pelajaran. Seorang yang baik dalam pengurusan seperti penyusunan masa dan perancangan modul berkaitan. Subjek Matematik dan 3M (membaca, mengira dan menulis) merupakan subjek major dalam pengajaran saya manakala subjek bahasa Malaysia dan mengaji merupakan subjek minor. Walaupun saya tidak menceburi dunia pendidikan secara formal, namun, saya tetap cakna dengan isu-isu semasa dunia pendidikan masa kini, serta mengambil tahu berkenaan garis panduan atau silibus matapelajaran yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dari semasa ke semasa. Oleh itu, buat ibu bapa di luar sana yang ingin melihat anak tuan/puan mempunyai peningkatan dalam pelajaran, jangan lupa untuk pilih saya sebagai tutor anak tuan/puan!
Teknik Pengajaran
Keupayaan murid pada hari pertama menjalani kelas, akan menjadi tanggapan pertama saya dalam merangka teknik yang menarik dan berkesan pada kelas akan datang. Aspek ini amat dititikberatkan oleh saya agar dapat melihat kemajuan dan prestasi murid dari minggu ke minggu. Teknik yang digunakan pastinya mengikut arus peredaran semasa, lagi-lagi kepada generasi Alpha kini. Selain mengajak murid untuk berfikir secara kreatif, kaedah didik hibur jugak menjadi salah satu teknik dalam pengajaran saya supaya murid kekal aktif sepanjang kelas di samping mendapat input yang berguna dan berkesan walaupun secara santai. Jom jatuh cinta dengan ilmu!
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 6
Membaca - BI Tadika
Membaca - BM Tadika
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
P. Islam Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Seni & Kraf Darjah 5