Profile Picture

Nur Syuhadah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - TECHNOLOGY MANAGEMENT

Temerloh, Pahang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Nur Syuhadah Hayati Binti Ahmad Termizi ataupun dipanggil sebagai Cikgu Syu. Mempunyai kelulusan dalam bidang Pengurusan Teknologi dari Universiti Teknologi Malaysia (majoring in business management). Saya mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dengan berkhidmat di sebuah taska setelah menamatkan pelajaran dalam bidang dinyatakan. Semasa bertugas sebagai guru taska, saya telah diberi tanggungjawab untuk menjaga dan mendidik murid-murid dari usia 3 tahun sehingga 7 tahun (pelajar transit). Saya juga merupakan pelajar jurusan perakaunan semasa di sekolah menengah. Selain itu, saya juga telah mengutip beberapa tahun pengalaman kerja dalam bidang perakaunan. Selain perakaunan, saya juga mahir dalam subjek Sains dan Matematik. Semasa di universiti, saya banyak melibatkan diri dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti kelab dan fakulti. Berbekalkan pengalaman dan ilmu yang ada, saya komited untuk membantu anak-anak anda.
Teknik Pengajaran
Dengan pengalaman yang saya ada, saya lebih menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga memastikan pelajar akan lebih bersemangat dalam waktu pembelajaran dengan cara menggunakan teknik belajar sambil berhibur. Disamping menerima ilmu, pelajar juga tidak akan berasa bosan. Bagi subjek pelajar sekolah rendah dan menengah, saya lebih memilih untuk belajar dan mengeluarkan "point" penting dalam bentuk peta minda. Selain itu bagi pelajar yang akan mengambil peperiksaan besar, saya akan bersama-sama mereka untuk mengambil perhatian lebih terhadap soalan soalan percubaan mengikut format yang sama pada tahun tersebut. Sebagai pendidik, kecemerlangan pelajar merupakan kepuasan bagi saya. Oleh itu, saya akan sedia bersama-sama pelajar dengan berkongsi ilmu dan pengalaman yang ada.
Penilaian & Maklumbalas

Siti Nur Aishah Binti Shuhaimi : Prasekolah - 3M

Cikgu sangat komited..anak suka dan berpuas hati

Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Prasekolah - 3M Tadika
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BM Darjah 1
Membaca - BI Darjah 1
Bahasa Inggeris Darjah 1
Mengaji - Iqra Tadika
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5