Profile Picture

Khalida Binti *******

Sarjana Muda - Sains Biologi

Kuala Terengganu, Terengganu

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum dan hai semua! Saya Cikgu Khalida, mesra dengan panggilan Cikgu Ida. Saya merupakan graduasi dalam Sarjana Muda Sains Biologi (Dengan Kepujian). Dalam peperiksaan SPM, saya berjaya mencapai 9A termasuk subjek English, Matematik, Biologi dan juga Matematik Tambahan. Subjek major dan menjadi kekuatan saya adalah subjek Sains, Biologi dan Kimia. Manakala subjek minor saya adalah subjek English dan Matematik. Saya mempunyai pengalaman 3 tahun mengajar sejak tahun 2015, dan kini fokus kepada pengajaran hometutor 100%. Misi dan visi saya adalah kecemerlangan pelajar dalam subjek pelajaran yang diambil, serta dapat menguasai subjek secara keseluruhan untuk diaplikasikan sepanjang masa, bukan hanya untuk peperiksaan semata mata. Pengajaran yang ditekankan adalah dari asas, kefahaman dan aplikasi secara menyeluruh. Cara pembelajaran yang interaktif, seronok juga diterapkan agar pelajar dalam ulangkaji secara 'stress-free' dan mudah faham serta ingat apa yang dipelajari. Dapatkan bimbingan one-to-one, bantuan latih tubi berdasarkan silibus terkini untuk cemerlang dan sukses dari Cikgu Ida hari ini! Book slot anda untuk pecut dari sekarang
Teknik Pengajaran
Berdasarkan pengalaman 3 tahun mengajar serta kelulusan yang cemerlang dari tutor sendiri, teknik belajar, teknik mengingat dan formula formula khas akan diperkenalkan untuk pelajar mudah faham dan aplikasikan untuk latih tubi dan peperiksaan. Untuk Subjek Sains, Kimia dan Biologi, peta minda serta formula asas mudah faham diterapkan agar pelajar tidak perlu stress dan rasa pening tiap kali berhadapan dengan soalan yang menguji kefahaman terutamanya soalan kira kira. Contoh formula Kimia seperti Tiga Segi Tiga, Kak Na Makan Megi Atas Zink, OHE (untuk proses Redoks), teknik silang seimbang, dirangka sendiri, original dan akan diajar eksklusif untuk pelajar Cikgu sahaja, dan setakat ini 100% pelajar berjaya menjawab soalan berkait apabila menggunakan teknik serta formula yang diperkenalkan. Kelas adalah secara bersemuka, ataupun online, dan menggunakan soalan latih tubi dan contoh soalan peperiksaan berdasarkan format sebenar.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Inggeris Darjah 6
Sains Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Kimia - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5