mytutor_mobile
Profile Picture

Mohamad Arif *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Mechanical System Engineering, (shinshu University Japan)

Klang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang jurutera di sebuah syarikat pengeluar alat muzik multinasional yang kebanyakannya guna bahasa Inggeris dan Jepun. Saya mempunyai minat untuk mengajar sejak di bangku sekolah. Minat ini yang memberi semangat untuk saya faham sesuatu pelajaran ketika di sekolah dulu untuk saya bantu kawan-kawan yang kurang faham. Sentiasa mencari peluang untuk mengajar orang lain dan melihat pelajar faham dengan apa yang saya ajar merupakan matlamat dan kegembiraan bagi saya. Sekarang, saya mempunyai dua pelajar dari kalangan rakan pejabat saya yang minat belajar bahasa Jepun. Saya adakan seminggu sekali pada hari Rabu 2 jam pada waktu malam. Sebelum saya mulakan kerjaya sebagai jurutera, saya mengajar mengaji, matematik dan sains untuk pelajar sekolah rendah di kawasan perumahan saya.
Teknik Pengajaran
Saya menekankan pemahaman asas untuk matematik. Ketika ulang kaji, saya akan beritahu asas apa yang perlu ada untuk selesaikan satu-satu soalan untuk kenal pasti kelemahan. Sekiranya tidak faham asa, saya akan mulakan dengan soalan asas, sekiranya faham akan teruskan dengan soalan ulang kaji.

Untuk subjek Sains, pemahaman konsep dan proses penting bagi memudahkan pelajar ingat sesuatu fakta dalam sains. Penerangan secara penceritaan saya akan gunakan untuk membantu pelajar.
Penilaian & Maklumbalas

Lely Maizatolazwana Mobin : Matematik

Bagus

Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sains Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Reka Bentuk dan Teknologi Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4
Mengaji - Al-Quran Darjah 6, Darjah 4, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Mengaji - Iqra Darjah 5, Darjah 4
Reka Bentuk Teknologi Tingkatan 2, Tingkatan 3