mytutor_mobile
Profile Picture

Noor Firdaus *******

Sarjana(master) - Masters In Arts (malay Language)

Kota Bharu, Kelantan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Bahasa Melayu) dan Ijazah Sarjana Sastera (Bahasa Melayu) daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Saya juga memiliki kelayakan Diploma Pendidikan (Postgraduate Diploma in Teaching) daripada Universiti Terbuka Malaysia. Selain kelayakan dalam bidang Bahasa Melayu, saya juga mempunyai pengalaman sebagai guru selama hampir tujuh (7) tahun. Pada masa ini, saya sedang menggalas tanggungjawab sebagai guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah swasta iaitu Tenby Schools Setia Eco Garden, Johor Bahru.
Teknik Pengajaran
Terdapat banyak teknik pengajaran yang digunakan sepanjang saya mengajar subjek BM. Teknik pengajaran yang biasa digunakan semasa pengajaran ialah teknik pengajaran berpusatkan murid iaitu murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran mereka dan tidak sepenuhnya bergantung kepada guru. Selain itu, saya juga banyak menggunakan teknik mudah dalam membantu pelajar menguasai subjek BM. Antara teknik yang digunakan ialah teknik menulis karangan bagi pelajar yang lemah yang dikenali sebagai Teknik Pasang Siap.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5