mytutor_mobile
Profile Picture

Nurul Nasuha *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Diploma In Science ( Universiti Teknologi Mara)

Manjung, Perak

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Nama saya Nurul Nasuha bt Ahmad Termizi dan berasal dari Seri Manjung,Perak. Saya mempunyai kelulusan diploma dalam bidang sains gunaan di Uitm Cawangan Perak Kampus Tapah dan sekarang saya berada di tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sains dan Teknologi Makanan. Saya pernah menjadi guru sandaran di SRAR Nadwah Islamiah, Taman Sejati, Lumut,Perak selama 3 bulan bagi menggantikan guru bersalin. Saya menggunakan pelbagai teknik pengajaran dan pelbagai teknik pendekatan dengan murid sepanjang saya menjadi seorang guru. Antaranya ialah saya menggunakan teknik bercerita yang sesuai dengan minat pelajar supaya pelajar dapat memahami konsep pembelajaran dengan lebih mudah dan dapat membuat kesimpulan. Daripada konsep bercerita tersebut, saya juga banyak menggunakan teknik soal jawab bagi meningkatkan kefahaman para pelajar dan ingin menguji kepekaan para pelajar. Saya juga banyak mengadakan konsep dua hala bersama murid supaya pembelajaran menjadi lebih efektif dan menyeronokkan
Teknik Pengajaran
1. Teknik Soal Jawab- Guru mengemukakan soalan dan pelajar dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya
2. Teknik Bercerita- Guru memilih cerita yang sesuai dan berkaitan kepada pelajar dan bercerita dalam keadaan selesa dihadapan pelajar
3. Teknik kuiz- Guru memberi kuiz kepada pelajar mengikut topik tertentu
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 2, Darjah 1, Darjah 3
Sains Darjah 2, Darjah 1, Darjah 3