Profile Picture

Mohammad Taufiq *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor Of Chemical Engineering With Honours

Universiti Teknologi Petronas (Telah Bergraduasi)

Puchong, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya seorang cikgu dan juga seorang jurutera. Saya memiliki minat yang mendalam dalam subjek matematik dan sains. Bersekolah di sekolah menengah sains dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi PETRONAS. Saya memilih untuk mengambil bahagian sebagai guru secara part-tie adalah kerana untuk meneruskan minat dalam mengajar matematik dan sains. Dengan pengalaman sebagai seorang private tutor hampir 2 tahun, menjadikan saya seorang yang mudah memahami pelajar yang lemah dalam subjek sains dan matematik.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya adalah dengan menekankan bahawa pelajar yang lemah tidak perlu merasakan diri mereka tidak mempunyai masa depan untuk berjaya bagi subjek matematik dan sains. Kunci utama pengajaran saya adalah latihan. Latihan yang saya maksudkan adalah latihan asas. Sebagai contoh, untuk sekolah rendah, asasnya adalah tambah, tolak, darab dan bahagi. Masuk sekolah menengah, asasnya adalah tambah, tolak, darab dan bahagi untuk algebra. selain itu, saya juga suka menekankan teknik menjawab soalan dengan menekankan supaya memahami konsep soalan supaya sepanjang membuat latihan, tidak sekadar menghafal kerana memehami itu lagi penting berbanding menghafal.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 6, Darjah 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 6, Darjah 5