mytutor_mobile
Profile Picture

Fatin Farhana *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pendidikan Vokasional (binaan Bangunan)

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Batu Pahat) (Telah Bergraduasi)

Krubong, Melaka

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan pelajar sarjana muda pendidikan yang baharu sahaja tamat latihan pengajaran di sebuah kolej vokasional dan telah bergraduasi pada december 2023 yang lalu. Bidang yang diambil ataupun major kursus yang saya perolehi adalah dalam bidang teknologi pembinaan. Disamping itu, saya pernah mengajar ataupun menjadi tetamu khas di kolej saya sebagai motivator serta menjadi tutor di sekolah menengah (kelas tambahan) subjek pendidikan islam dan bahasa melayu. saya berpengalaman dalam menjadi pengacara majlis.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang sering saya gunakan semasa latihan mengajar adalah teknik soal jawab, dimana bahan pengajaran saya lebih kepada bentuk persoalan dan menguji pelajar supaya lebih berinteraksi dengan saya. Hal ini boleh menarik minat pelajar dan menanam sikap komunikasi dengan baik. Selain itu, saya mengunakan teknik bercerita dimana lebih menarik minat pelajar, berkongsi pengalaman untuk menerangkan sesuatu kepada pelajar. Hal ini, pelajar lebih terbuka dan seronok belajar.
Subjek
Subjek Tahap
P. Islam Darjah 3
Bahasa Melayu Darjah 2
Matematik Darjah 1