Profile Picture

Syazwani Mohamed *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Degree In Computational And Industrial Mathematics (University Of Malaya)

Manong, Perak

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Syazwani. Saya tutor sepenuh masa. Saya mengajar secara bersemuka jika berdekatan dan secara atas talian jika berjauhan. Saya seorang yang berdedikasi dan memahami serta penyabar dalam menyampaikan ilmu. Subjek matematik tambahan adalah subjek utama saya. Subjek minor pula adalah matematik bagi tingkatan satu sehingga tingkatan 5. Buat masa ini saya sedang mengajar seorang pelajar perempuan tingkatan 4 di Kuala Kangsar Perak. Saya mengajar subjek matematik dan matematik tambahan di rumah pelajar tersebut setiap hari Jumaat. Seorang pelajar lagi saya mengajar secara atas talian untuk subjek matematik moden tingkatan 5 sebanyak 3 sesi sebulan. Pelajar-pelajar saya yang lain mengambil tuisyen dengan saya sewaktu cuti sekolah kerana kebanyakan mereka tinggal di asrama seperti MRSM, Kolej Islam Klang dan SMKA. Mencari tutor matematik? Sayalah orangnya.
Teaching Method(s)
Setiap pelajar tidak sama tahap pemahaman mereka. Jadi daripada 2 kelas yang pertama saya akan dapat simpulkan tahap pembelajaran anak tuan/puan. Ada yang boleh belajar dengan pantas, ada juga pelajar yang memerlukan penerangan 2 3 kali ulang. Ada juga pelajar yang belum mahir topik asas. Dari situ, saya akan mengajar mengikut tahap pelajar tersebut. Pembelajaran bagi saya adalah komunikasi 3 pihak, iaitu guru, pelajar dan ibu bapa. Ketiga-tiga memainkan peranan penting. Saya menggunakan google meet sebagai platform dan nota pengajaran saya sediakan dalam format pdf untuk kelas secara atas talian. Nota dan link tuisyen tersebut akan saya kongsikan dalam aplikasi Whatsapp. Latihan akan diberikan untuk menguji tahap kefahaman pelajar. Sebagai soft reminder kepada ibubapa, sila pastikan anak anda memang mahu belajar barulah daftarkan kelas tambahan. Sekiranya mereka tidak mahu belajar, tiada yang dapat membantu. Bak kata pepatah "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan". Jika dah tak mahu, jalan yang terbuka luas pun tidak kelihatan.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5