Profile Picture

Nurul Syuhada *******

Sarjana Muda - Degree In Applied Physics (Universiti Sains Islam Malaysia)

Nilai, Negeri Sembilan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang pelajar tahun akhir dalam bidang Fizik Gunaan di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan. Saya juga merupakan seorang yang cemerlang dalam pelajaran serta aktif dalam aktiviti persatuan. Pelbagai aktiviti telah berjaya saya uruskan dan laksanakan untuk meningkatkan kemahiran insaniah serta lebih memajukan diri dalam segalan aspek. Saya juga dikenali sebagai seorang yang ceria dan mudah untuk beradaptasi dengan apa jua situasi. Dengan kelebihan dan kemahiran yang saya ada ini, saya yakin dan percaya yang saya dapat memberikan sepenuhnya komitmen terhadap pekerjaan ini.
Teknik Pengajaran
Cara dan gaya pengajaran amatlah harus dititik beratkan kerana ia mampu memberikan impak yang amat besar kepada para pelajar. Sepanjang menjadi seorang pelajar sarjana muda, saya telah menerokai pelbagai aplikasi dan kemudahan pembelajaran yang menarik. Jadi, dengan kelebihan dan pengetahuan yang saya ada dalam bidang teknologi, saya boleh mengaplikasikannya dalam pengajaran saya sebagai contoh nota interaktif yang menarik, aktiviti permainan dan latihan sepanjang pengajaran dan sesi pemahaman melalui aktiviti dua hala menggunakan teknologi terkini.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Al-Quran Mengaji
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Arab Tingkatan 4
Kimia - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 5, Tingkatan 4
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 5, Tingkatan 4
Matematik Tambahan Tingkatan 4