mytutor_mobile
Profile Picture

Nasriah Binti *******

Sarjana Muda - Degree In Mathematical Science (international Islamic University Malaysia)

Kangar, Perlis

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Nasriah, graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan tahun 2020 dengan 4 tahun pengajian (3 tahun pengajian minor pendidikan). Saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Dari segi pengalaman, saya pernah bekerja sebagai guru praktikal di sebuah sekolah menengah kebangsaan harian di kuantan dan seterusnya bekerja sebagai guru Matematik dan Matematik Tambahan di Maahad Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor, Sabak Bernam. Saya menjadi sukarelawan dalam anjuran Program Rakan Tutor untuk membantu dan mengajar calon-calon SPM 2021. Saya juga pernah menjadi guru sambilan di MRSM Beseri, Perlis.
Teknik Pengajaran
Berdasarkan pengalaman mengajar selama 3 tahun, saya banyak menerapkan konsep aplikasi dalam kehidupan seharian sewaktu mengajar. Kerana pelajar perlu faham kegunaan subjek tersebut iaitu Matematik adalah untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian. Selain itu, saya banyak mengfokuskan untuk pelajar faham dahulu, kemudian praktiskan untuk pelajar selesaikan masalah/soalan.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 4, Tingkatan 5