Profile Picture

Nur Syamimi *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Diploma In Syariah Islamiyyah ( University Sultan Azlan Shah)

Universiti Sultan Azlan Shah (Telah Bergraduasi)

Seberang Perai, Pulau Pinang

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Ustazah Syamimi. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 7 tahun dalam mendidik pelajar tadika, sekolah rendah, sekolah menengah Dan dewasa. Subjek Pendidikan Islam,Syariah Islamiyyah, Tajwid, Fardhu Ain merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Hafazan Dan KAFA merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga pernah mengendalikan kelas fardhu ain untuk kanak-kanak Dan dewasa secara talian Dan bersemuka. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak mahir membaca Dan mengenal tajwid serta mendalami ilmu fardhu ain secara one to one? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 7 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan formula tajwid, peta minta, kata kunci merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Teknik mudah memahami formula tajwid adalah Salah satu sumbangan idea saya diberikan kepada semua pelajar ketika membaca iqra', muqaddam atau Al Quran.Kepuasan anak-anak dalam mencapai ilmu kefahaman merupakan visi saya sebagai pendidik. platform yang sy aplikasikan ketika kelas dalam talian melalui Google meet, vedio call Whatsapp Dan zoom . Untuk kelas fizikal iaitu kelas bersemuka sy akan menyediakan modul setiap sesi kelas berlangsung.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Al-Quran Mengaji
Kelas Agama Dewasa
Mengaji - Iqra Tadika, Dewasa
Fardhu Ain Tadika
Asas Fardhu Ain KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 3, Darjah 1
Tajwid KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 6
Bahasa Arab KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 3, KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 5, Darjah 1
Lughatul Quran KAFA - Darjah 6