Profile Picture

Nabilah Husna *******

Sarjana Muda - Pendidikan Islam (Pengajian Islam)

Putrajaya, WP Putrajaya

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan graduan lepasan Universiti Malaya dalam jurusan Pendidikan Islam (Pengajian Islam). Saya juga kini merupakan seorang guru di SRA Dato’ Ahmad Razali, Dengkil. Saya mempunyai pengalaman dalam menjadi tutor mengaji sejak tahun 2020 sehingga kini. Oleh yang demikian, saya mengambil platform My Tutor ini untuk membantu lebih ramai lagi dalam mempelajari agama Islam seterusnya dapat membaca al-Quran dengan tajwid yang tepat.
Teknik Pengajaran
Bagi pembelajaran tajwid/ al-Quran, saya akan menggunakan teknik penerangan terlebih dahulu. Kemudian, saya akan masuk kepada teknik ‘irab hukum tajwid berdasarkan sillibus yang telah dipelajari.

Manakala bagi pembelajaran iqra’, saya akan menggunakan teknik hiburan. Hiburan melalui permainan dan sebagainya. Bahkan, bagi mengingati setiap huruf itu saya akan sertakan “clue” yang memudahkan pelajar untuk mengingatnya dari segi mimik muka, dialog dan sebagainya
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Dewasa
Kelas Agama Dewasa
Bahasa Arab Tingkatan 2, Tingkatan 5
Jawi dan Khat KAFA - Darjah 6
Mengaji - Al-Quran Mengaji
Tajwid KAFA - Darjah 6
Lughatul Quran KAFA - Darjah 6