Profile Picture

Affiatussaiffa Binti *******

Sarjana Muda - Degree In Animal Science (Unisza)

Sungai Jawi, Pulau Pinang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Nama saya Affiatussaiffa Binti Ahmad Fauzi. Dikenali sebagai Affia. Saya merupakan seorang bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara Transkrian, pada tahun 2011 sehingga 2015. Setelah itu, mendapat pendidikan di Matrikulasi, satu tahun . Seterusnya, ke peringkat ijazah sarjana muda. Saya berpengalaman mengajar kanak-kanak berusia 5 tahun sehingga 12 tahun di sebuah pusat sekolah, bukit mertajam. Subjek yang ditugaskan ialah bahasa melayu dan matematik , lebih kurang selama 6 bulan. Saya juga mahir dalam penulisan dan pemahaman dalam Subjek Jawi. Subjek Jawi merupakan subjek yang saya amat minati sewaktu kelas Kafa ketika kecil dahulu. Saya berjaya pengajian KAFA dengan memperolehi keputusan UPKK sebanyak 6A.
Teknik Pengajaran
Untuk subjek bahasa melayu , saya menggunakan pendekatan 3M, iaitu kemahiran membaca dari segi suku kata ( vk, kvk, kvkv, vkk,kvkk dan seterusnya), kemahiran menulis dan mewarna seperti cara memegang pensel dengan betul, menulis mengikut arah yang betul, juga menulis sambil menyebut abjad tersebut, mewarna, menyambung titik-titik membentuk gambar. Selain itu, saya juga mengaplikasikan kaedah pemahaman untuk menulis mahupun membaca. Dimana pelajar-pelajar saya, membaca satu petikan pendek dan ceritakan kembali apa yang mereka fahami dan menjawab soalan berdasarkan petikan tersebut. Pendekatan lain yang saya akan gunakan ialah bina ayat, kenali abjad, suai padan dengan betul , penguasaan tatabahasa. Saya juga menyediakan abm (alat bantu mengajar) yang sesuai seperti flashcard, roda impian, papan kenyataan.

Untuk subjek matematik, teknik pengajaran yang diaplikasikan ialah teknik penyoalan,dimana untuk mengetahui tahap pengetahuan asas nombor. Contohnya, menyebut nombor 1 sehingga 10, nombor menaik ,nombor menurun, nombor genap , nombor ganjil dan sebagainya. Seterusnya, ialah teknik permainan , ia boleh dilakukan samada berkumpulan ataupun individu, sebagai contoh permainan dam. Langkah terakhir boleh dilaksanakan ialah teknik kuiz ,di mana seperti ujian peperiksaan dan juga latih tubi

Untuk subjek Jawi, teknik yang diterapkan ialah membuat latihan mengenal setiap huruf jawi, membaca dan menulis. Sebagai contoh, membaca penulisan jawi. Selain itu, boleh membaca Jawi lalu diterjemahkan kedalam bahasa Melayu dan vice versa.
Penilaian & Maklumbalas

Suraya Binti Sabdin : Bahasa Melayu

Tutor dapat memberikan commitment yang baik sepanjang sesi pembelajaran.

Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 6
Jawi dan Khat KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 3, KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 6
Jawi Tadika
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Prasekolah - 3M Tadika