mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Shatirah *******

Sarjana Muda - Quran Dan Multimedia (Usim)

Melor, Kelantan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
PENGENALAN DIRI Merujuk perkara di atas, saya Nur Shatirah Binti Zakaria merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Multimedia daripada Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai. Untuk makluman tuan/puan, saya sekarang bekerja di Sekolah Rendah Islam Al-Hilal di salah satu sekolah swasta di Kota Bharu,Kelantan.Saya mempunyai pengalaman selama 3 tahun sehingga sekarang.Pada tahun 2020 saya pernah mengajar subjek sains tahun 5 dan juga mengajar subjek Bahasa Melayu tahun 4 sehingga kini. PENGALAMAN MENGAJAR Mempunyai pengalaman mengajar dari tahun 2020 sehingga 2023 (kini) Mengajar subjek bahasa melayu tahun tahap 2 2020 sehingga kini
Teknik Pengajaran
TEKNIK PENGAJARAN
Selama pengalaman saya mengajar sepanjang 3 tahun pelbagai teknik pengajaran telah berjaya saya lakukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Di antara teknik pengajaran yang saya lakukan adalah seperti berikut:

1) Sumbangsaran
Sumbangsaran merupakan salah satu teknik yang saya gunakan untuk mengembangkan lagi kefahaman pelajar tentang sesuatu topik yang saya ajar.Sebagai contoh, sebelum saya mengajar topik tentang imbuhan awalan, saya akan memberikan penerangan semula supaya murid mengulang kaji semula topik yang telah diajar dan pelaksanaan aktiviti di dilakukan secara perbincangan supaya pelajar dapat berinteraksi dan membantu rakan mereka yang lain.

2) Perbincangan
Perbincangan merupakan satu teknik pengajaran yang berkesan bagi melatih pelajar untuk mengembangkan idea mereka dan membantu pelajar yang lemah.Sebagai contoh, saya menerangkan tentang topik imbuhan apitan dan murid diberikan latihan di dalam kumpulan dan mereka melakukan perbincangan di dalam kumpulan tersebut.Setiap kumpulan diberikan latihan yang berbeza,kumpulan 1 diberikan latihan untuk mengelaskan kata imbuhan,kumpulan 2 akan diberikan latihan untuk menyusun ayat dan kumpulan 3 akan diberikan latihan untuk membina ayat.Setelah mereka selesai membincangkan soalan dalam setiap kumpulan, wakil kumpulan lain perlu memberikan penerangan kepada kumpulan lain tentang tugasan yang diberikan.Kaedah yang digunakan juga digabungkan dengan kaedah PAK-21 di mana kaedah ini dikenali "round the table"

3)Demonstrasi
Kaedah demonstrasi adalah kaedah yang diminati oleh pelajar kerana mereka dapat melihat sendiri bagaimana proses sesuatu topik itu berlaku.Sebagai contoh,dalam subjek Bahasa Melayu saya membawa setandan pisang dan membuat aktiviti bersama murid untuk menghasilkan tepung menggunakan kulit pisang.Murid dapat menyertai san mengikuti sesi pembelajaran kerana mereka dapat bersama-sama menghasilkan tepung.Dalam proses demontrasi atau tunjuk cara, terdapat komunikasi lisan yang langsung tentang sesuatu maklumat daripada guru kepada murid. Biasanya komunikasi tersebut adalah interaktif kerana guru dan murid sama-sama terlibat dalam pesekitaran pembelajaran kolaboratif. Teknik ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada murid agar benar-benar memahami perkara yang hendak dipelajari melalui prosedur yang ditunjukkan.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 4, Darjah 3, Darjah 2
Sains Darjah 4, Darjah 3
P. Islam Darjah 4, Darjah 3, Darjah 2
Sejarah Darjah 4
Jawi Darjah 4, Darjah 2
Mengaji - Al-Quran Darjah 4, Darjah 2
Membaca - BM Darjah 3, Darjah 2
Mengaji - Iqra Darjah 2