Profile Picture

Siti Nur *******

(tuition_job.class_type.Online or Physical)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Matematik

Universiti Antarabangsa UNITAR (Telah Bergraduasi)

Cyberjaya, Selangor

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Hana. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 3 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dan pelajar ulangan SPM dan pelajar peringkat universiti. Subjek Matematik merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala sains merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga sering mengendalikan seminar buat calon SPM di samping kelas-kelas dalam kumpulan yang besar. Misi saya adalah untuk menanamkan perasaan suka dan jatuh cinta kepada subjek Matematik dan membuang anxiety dan ketakutan pelajar terhadap Subjek Matematik. Visi saya adalah membantu pelajar mengorak langkah untuk mempunyai peningkatan dalam subjek Matematik dari semasa ke semasa dan sekiranya mencapai keputusan A adalah suatu bonus buat saya.Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 3 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar.
Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Teknik mengajar saya adalah "students - centered" dimana mengajar mengikut tahap pelajar, dan membina daya pemikiran yang kreatif dan kritikal melalui soalan soalan apa, kenapa, bagaimana dan bukan "teacher - centered" atau spoon feed. Saya membawakan teknik dan cara yang mudah untuk pelajar memahami sesuatu konsep matematik dan bukanlah sekadar menghafal. Ramai pelajar saya yang memberikan feedback yang menggembirakan hati saya apabila mereka berkata mereka faham dengan teknik dan konsep yang saya gunakan. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Penilaian & Maklumbalas

Syakriah Binti Ishak : Matematik

Baik

Syakriah Binti Ishak : Matematik

Baik

Syakriah Binti Ishak : Matematik

Baik

Roslaini binti Hasan : Matematik

Alhamdulillah...anak senang faham dan seronok belajar.

Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5