Profile Picture

Aida Syafikah *******

(Physical)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Kesenian Melayu

Universiti Malaya (Pantai Dalam) (Graduated)

Ipoh, Perak

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hai! Saya Aida. Mempunyai Diploma Pendidikan (Bahasa Melayu) di UKM dan graduan kelas pertama Ijazah Sarjana Muda Kesenian Melayu di UM. Mempunyai pengalaman mengajar untuk pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Kaedah pengajaran adalah mengikut tahap, kesesuaian dan kelemahan pelajar dalam sesuatu bahagian.

Mengapa perlu pilih saya?
1. Saya sedia dan setia membantu.
2. Saya akan beri nota-nota yang bermanfaat.
3. Bosan? jangan risau, saya akan sediakan game untuk pelajar sentiasa fresh.
4. Saya sediakan hadiah untuk setiap ujian/kuiz.
5. Saya ceria dan sporting. Jangan malu-malu. Kita sama-sama belajar.

Teaching Method(s)
Teknik pengajaran bergantung kepada kesesuaian pelajar.

Permulaan kelas :
1. Saya akan memperkenalkan diri dan begitu juga dengan pelajar supaya kita masing-masing selesa.
2. Saya akan menjelaskan silibus pembelajaran supaya pelajar cakna tentang sesuatu bahagian.
3. Pelajar akan berkongsi kelemahan diri dalam subjek BM.

Semasa kelas:
1. Selepas pelajar menyatakan kelemahan diri dalam subjek BM, saya akan memberi sedikit kuiz untuk menguji tahap pengetahuan pelajar.
2. Saya akan memberi kertas-kertas nota dalam bentuk hardcopy dan softcopy.
3. Buku latihan akan dibeli selepas kelas pertama (jika perlu) selepas berbincang dengan ibu bapa.
4. Pelajar bebas bertanya sebarang soalan semasa kelas.

Pengakhiran kelas
1. Pelajar akan membuat kesimpulan supaya saya dapat memastikan mereka memahami topik yang diajar.
2. Kata-kata semangat dan hadiah akan diberikan.
3. Ibu bapa akan diberitahu laporan prestasi pelajar. Saya akan sediakan fail khas untuk laporan setiap pelajar saya.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5