mytutor_mobile
Profile Picture

Nurul Najihah *******

Sarjana Muda - Degree In Science (mathematics) & Universiti Teknologi Malaysia

Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang yang mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam bidang Matematik. Saya juga mempunyai pengalaman sebagai Home Tutor secara persendirian dalam subjek Matematik dan Matematik Tambahan dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah selama setahun. Selain itu, saya juga mempunyai pengalaman sebagai guru ganti di sekolah menengah selama 2 bulan. Kini saya sedang mengambil ikhtisas pendidikan dalam Diploma Pendidikan Pascasiswazah (DPP) dalam bidang Matematik di Universiti Malaya (UM).
Teknik Pengajaran
Teknik Pengajaran saya ialah Kaedah Perbincangan. Saya lebih gemar untuk meminta pendapat murid dalam menyelesaikan sesuatu masalah Matematik. Melalui kaedah ini, saya dapat menilai sejauh mana pemahaman murid tentang sesuatu topik yang telah dipelajari. Kaedah ini juga dapat membantu murid untuk lebih berfikir supaya mereka dapat mengaitkan sesuatu rumus atau topik yang telah dipelajari ke dalam soalan yang berbentuk penyelesaian masalah. Oleh itu, murid bukan sahaja perlu menghafal rumus semata-mata malah lebih memahami cara penggunaan dan olahan daripada rumus yang telah dipelajari.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 5, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Matematik Tambahan Tingkatan 5