Saya Cikgu Shahira, merupakan seorang tutor yang mempunyai semangat yang tinggi bagi memastikan anak-anak didik saya dapat membaca dengan fasih dan lancar. Subjek major saya merupakan Bahasa Melayu. Saya mengajar di Tadika, mempunyai anak murid 4 tahun dan 5 tahun. Berkemahiran dalam menarik minat murid untuk membaca dengan mudah. Saya mempunyai pengalaman mengajar selama 3 tahun dan masih mengajar sehingga kini. Saya juga menyertai kelas-kelas sukarelawan untuk mengajar anak-anak yang memerlukan, seperti membaca, mengira, mengeja dan sebagainya. Saya percaya, apabila anak mudah membaca, langkah seterusnya untuk menimba ilmu akan menjadi lebih mudah. Inginkan anak mudah membaca? Boleh hubungi saya. Saya sedia membantu.
Teaching Method(s)
Dengan adanya pengalaman selama 3 tahun dan masih menimba pengalaman, saya menerapkan aktiviti-aktiviti yang dapat menerapkan rasa mudahnya membaca pada diri anak-anak. Saya mengaplikasikan aktiviti didik hibur kepada anak-anak bagi memudahkan mereka membaca.