Profile Picture

Nurain Binti *******

Sarjana Muda - Degree In Human Science ( Arabic Language And Literature)

Sepang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan graduan UIAM dalam bidang Bahasa dan Kesusasteraan Arab. Sejak saya di tahun pertama universiti, saya telah mengambil peluang untuk mengajar kanak-kanak membaca al-quran mahupun iqra' secara percuma. Saya menjadi lebih bersemangat apabila pengajaran yang saya beri membuahkan hasil. Ramai pelajar boleh membaca al-quran dengan lancar. Sejak daripada itu yang telah menawarkan diri untuk mengajar al-quran dan iqra secara percuma sehinggalah saya menamatkan pengajian saya. Kemudian,, saya bekerja di sebuah sekolah swasta di Gombak untuk subjek Bahasa Arab dan Tajwid dan dalam masa yang sama masih mengajar al-quran/ iqra dalam talian sebagai kerja separuh masa. Pada tahun 2020 saya telah diterima bekerja sebagai guru KAFA yang mengajar subjek Jawi, Bahasa Arab dan Tajwid. Saya telah menamatkan karier saya sebagai seorang guru pada tahun 2022 kerana berhijrah mengikut suami. Namun begitu, saya masih giat mengajar mengaji serta kelas tambahan kafa dalam talian.
Teknik Pengajaran
Saya gemar menggunakan pelbagai teknik pengajaran dalam kelas pengajaran saya supaya murid tidak jemu dan mengantuk sepanjang kelas berlangsung. Slogan pengajaran saya yang sering digunakan di dalam kelas saya "santai tapi sampai". Antara teknik yang saya guna ialah 1) bercerita 2) demonstrasi 3) perbincangan 4) belajar sambil bermain. Bukan semata- mata ilmu yang disampaikan tetapi teras ilmu yang lebih utama iaitu nilai dan akhlak.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Al-Quran Mengaji, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Jawi dan Khat KAFA - Darjah 1
P. Islam Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Arab Tingkatan 1, KAFA - Darjah 5, Tingkatan 2, Tingkatan 3, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 4
Tajwid KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 6, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 4
Lughatul Quran KAFA - Darjah 6, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 4
Tilawah Al-Quran KAFA - Darjah 2