mytutor_mobile
Profile Picture

Aina Nazifa *******

Sarjana(master) - Master Of Science In Mechanical Engineering

Arau, Perlis

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari UiTM Shah Alam dan kini sedang melanjutkan pengajian pada peringkat Sarjana (MSc) Kejuruteraan Mekanikal. Saya mempunyai pengalaman lebih kurang setahun sebagai Jurutera Mekanikal di sebuah syarikat di Pulau Pinang dan juga mempunyai pengalaman sebagai tutor. Saya mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pendidikan. Saya berkebolehan mengajar pelbagai subjek seperti Matematik, Sains, dan Rekabentuk Teknologi.
Teknik Pengajaran
Sepanjang menjadi tutor saya telah menggunakan beberapa teknik pengajaran bagi memudahkan pelajar saya mudah memahami apa yang dipelajari. Pertamanya saya menggunakan teknik penerangan untuk membolehkan pelajar faham apa yang dibincangkan. Saya juga menggunakan teknik soal jawab, di mana sebelum bermulanya kelas saya akan bertanya beberapa soalan tentang kelas lepas dan saya juga akan bertanya pada pertengahan waktu kelas untuk memastikan pelajar memahami konsep atau topik yang dipelajari. Saya juga memberikan latih tubi dan kuiz serta ujian pengukuhan mengikut bab kepada pelajar.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6