mytutor_mobile
Profile Picture

Mohamad Firdauz *******

Sarjana Muda - Bachelor Of Engineering Technology (Hons.) In Manufacturing (Automotive)

Keningau, Sabah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hai. Saya Mohamad Firdauz. Saya yang boleh mengajar matapelajaran Matematik dan Sains. Saya berpengalaman mengajar di sebuah sekolah menengah dalam subjek Matematik dan Sains. Saya merupakan graduan kejuruteraan dan sedang melanjutkan pelajaran dalam Diploma Perguruan Lepasan Ijazah. Minat saya dalam bidang pendidikan memberi peluang kepada saya untuk sentiasa berusaha memberikan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik. Saya juga berkemahiran dalam meningkatkan kefahaman dan minat terhadap subjek yang saya ajar kepada pelajar saya. Hubungi saya jika anda mahu yang terbaik untuk anak anda dalam bidang Sains dan Matematik.
Teknik Pengajaran
Saya sentiasa akan memberi tunjuk ajar dan menunjukkan teknik belajar dan menjawab soalan dengan cara yang mudah difahami. Saya akan sentiasa fokus dan teliti terhadap kelemahan dan kelebihan pelajar. Saya suka menyediakan nota yang mudah agar pelajar saya dapat memahami dan mengingati pelajaran dengan mudah. Saya juga akan mengajar cara menjawab soalan dengan betul menggunakan teknik PdP yang terkini. Dengan pengalaman yang saya ada dalam bidang pendidikan, saya akan sentiasa memastikan bahawa pelajar saya mampu menguasai apa yang dipelajari sehingga mereka sentiasa minat dan teruja untuk terus menimba ilmu. Pada pendapat saya, memahami konteks ilmu dan subjek yang dipelajari adalah amat penting dalam sesi pembelajaran. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai pendidik untuk melahirkan anak-anak pelajar yang cemerlang pada masa hadapan.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 1
Sains Tingkatan 3