Profile Picture

Nurul Izzati *******

(Online)

Sarjana Muda - Degree In Language

Taiping, Perak

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan tutor yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang bahasa. Oleh itu, saya telah menyambung pelajaran dalam bidang bahasa pada peringkat universiti. Subjek Bahasa Arab merupakan subjek major saya manakala subjek Bahasa Inggeris merupakan subjek minor. Selain itu, saya juga mengendalikan kelas bacaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris secara atas talian pada setiap hari Isnin sehingga hari Khamis.
Teaching Method(s)
Teknik demonstrasi digunakan supaya berlaku penglibatan kedua-dua guru dan pelajar melalui pengajaran yang disampaikan melalui praktikal. Kaedah ini lebih berkesan untuk membuat pelajar mengingat dan lebih baik jika mereka mempraktikkan ilmu yang telah diajar supaya tidak mudah lupa. Kaedah serampang dua mata ini memberi peluang kepada pelajar untuk bukan sahaja belajar secara teori semata-mata, bahkan dapat melakukan perkara yang dipelajari secara praktikal.
Subject
Subject School Level
Bahasa Arab Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Membaca - BI Darjah 2