Profile Picture

Nur Sakinah *******

Diploma / Stpm - Stpm Aliran Kemanusiaan

Muar, Johor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang pelajar dan kini saya belajar di peringkat sarjana muda dalam bidang linguistik melayu di UPM untuk semester ketiga. Saya seorang yang rajin, tenang dan bersungguh-sungguh dalam membuat sesuatu. Tujuan saya memohon my tutor ini sebagai kerja sambilan saya sebagai seorang pelajar. Saya seorang yang suka mengajar orang lain dan saya akan sedaya upaya akan membantu orang yang kurang pandai dalam sesuatu pelajaran terutama kawan-kawan saya.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang saya akan lakukan adalah dengan menggunakan secara dalam talian iaitu menggunakan alat bantuan seperti Canva, Quizizz, Prezi, Microsoft Word, Power Point dan sebagainya. Saya akan menggunakan Quizizz sebagai teknik membuat latihan, bermain kuiz dan sebagainya manakala laman web seperti Canva, Prezi, Microsoft Word dan Power Point sebagai alat bantuan untuk nota. Saya juga akan menggunakan aplikasi Youtube bergantung kepada murid yang akan diajar.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu STPM - Tingkatan 6, Darjah 3, Tingkatan 2, Darjah 5, Dewasa