Saya seorang pelajar cemerlang SPM dengan keputusan 9A dan CGPA 3.96 sewaktu matrikulasi. Kini saya sedang sambung Pengajian Tinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Statistik.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran saya adalah dengan memberikan soalan-soalan yang berbeza yang melibatkan kemahiran berfikir yang tinggi supaya pelajar biasa menghadapi soalan dan mudah menjawab ketika peperiksaan. Kesemua soalan dan jawapan akan dibincang dan jawapan yang salah akan dibetulkan dalam kelas. Ini memudahkan pelajar untuk memahami cara menjawab setiap soalan. Soalan akan dibincangkan mengikut topik demi topik.