Profile Picture

Mohd Hanif *******

(Physical)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Kejuruteraan Rekabentuk Produk (Universiti Malaysia Perlis)

Universiti Malaysia Perlis (Arau) (Graduated)

Kota Damansara, Selangor

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya Cikgu Hanif dan saya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan(Kejuruteraan Rekabentuk Produk) dari IPTA dalam negara. Kerjaya saya ialah sebagai Jurutera di sebuah syarikat swasta. Namun saya sangat berminat dalam mengajar dan berkongsi ilmu terutama dalam bidang Matematik dan juga Fizik kerana subjek tersebut ialah kepakaran saya. Berpengalaman dalam mengajar selama 2 tahun dan juga berupaya meningkatkan motivasi pelajar.
Teaching Method(s)
Sebagai seorang tutor, saya mengambil kira beberapa faktor sebelum memulakan kelas. Pertama sekali perkara yang merupakan faktor terpenting ialah kehendak ibu bapa, setiap ibu bapa semestinya sudah mengenali serta mempunyai target buat setiap anak mereka. Kemudian saya akan menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan maklumat tersebut.

Selain itu, pendekatan saya ialah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan seseorang pelajar. Dengan itu saya dapat fokus pada topik yang perlu diberi lebih penekanan.

Kemudian, saya lebih suka membantu untuk memberi kefahaman yang jelas kepada pelajar. Dengan kefahaman yang baik mereka bukan sahaja mampu mendapat keputusan yang cemerlang bahkan dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian.

Teknik saya mengajar : -
1. Pengenalan - Menyampaikan maklumat kepada murid.
2. Perkembangan - Memberi penjelasan sambil memantau tahap kefahaman murid.
3. Latihan Berpandu - Memberikan latihan kepada murid mengenai topik yang dipelajari sambil memantau perkembangan murid.
4. Penutup - Menutup pengajaran dengan isi kandungan perkara yang telah dipelajari.
5. Latihan Bebas (Kerja rumah) - Memberi tugasan kepada murid untuk mengukuhkan pembelajaran tanpa bantuan guru.
6. Penilaian - Memberikan maklum balas dari hasil kerja murid.

Saya juga sentiasa bersedia untuk membantu murid walaupun diluar waktu kelas. Ibu bapa ataupun murid sendiri boleh hubungi saya melalui 'whatsapp' pada bila-bila masa sekiranya ada sebarang pertanyaan.
Ratings and Reviews

Nooraini : Matematik

Tutor menetapi masa. Feedback dari anak cara pengajaran yg senang difahami. Terbaik

Nooraini : Matematik

Tutor menetapi masa. Feedback dari anak cara pengajaran yg senang difahami. Terbaik

Nooraini : Matematik

Recommended

Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Fizik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 5, Tingkatan 4, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3