mytutor_mobile
Profile Picture

Nurul Solehah *******

(Dalam Talian)

Diploma / Stpm - A Level Science

Ampang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Nurul Solehah, pelajar lulusan A-level. Matlamat saya adalah untuk membantu pelajar memahami sukatan pelajaran mereka dan membantu mereka menjadi yakin untuk menghadapinya sendiri. Menggunakan pengetahuan yang telah saya kumpulkan selama bertahun-tahun belajar siang dan malam, saya bukan sahaja akan membantu anda cemerlang dalam peperiksaan anda, tetapi saya juga akan membantu anda menetapkan asas yang kukuh untuk masa depan anda. Saya percaya bahawa setiap pelajar perlu dibimbing dari mana mereka berada, dan dengan bimbingan yang betul, sesiapa sahaja boleh mencapai kecemerlangan. Saya mempunyai penguasaan yang sangat baik dalam bahasa Inggeris, dengan gred cemerlang yang konsisten dalam semua peperiksaan Bahasa Inggeris yang saya duduki. Saya menerima Gred A dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi dua peperiksaan besar Tingkatan 5, iaitu IGCSE dan SPM. Saya juga menerima Band 8 dalam IELTS. Selain itu, saya seorang tutor yang bersemangat. Saya juga seorang 'debater' dan 'public speaker'. Oleh itu, saya boleh memperkenalkan anda kepada kemahiran praktikal dalam bertutur, membaca, dan menulis. Saya akan menyambung pelajaran dalam bidang Sains Biologi, kursus Matematik seperti statistik juga akan saya pelajari di peringkat tertiari. Tambahan pula, saya menerima Gred A dalam mata pelajaran Matematik bagi dua peperiksaan besar Tingkatan 5, iaitu IGCSE dan SPM.
Teknik Pengajaran
Saya mendekati setiap topik dengan terlebih dahulu mengenali di mana pelajar berada dari segi pemahaman dan penguasaan. Selepas itu, saya akan menolong pelajar untuk memperbaiki diri dalam topik-topik yang mereka lemah.

Dalam setiap pelajaran, pelajar akan melakukan latihan praktikal untuk memastikan mereka menggunakan pengetahuan yang dipelajari dengan betul, terutamanya bagaimana dan bila untuk menggunakan apa yang telah mereka pelajari.

Selepas mengenalpasti topik-topik yang masih belum dikuasai, saya akan merangka rancangan pengajaran untuk membantu anda mengukuhkan pemahaman dalam topik-topik yang anda belum kuasai dan mengekalkan prestasi anda dalam topik-topik yang anda kuasai.

Untuk matematik, menjawab soalan latihan adalah cara yang terbaik untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Namun, untuk memahaminya memerlukan pendekatan yang berbeza. Jika anda belajar dengan baik melalui isyarat visual, mendengar atau pertuturan, itulah cara yang akan saya gunakan untuk membantu anda memahami silibus. Kaedah saya adalah untuk memastikan sesi pelajaran yang menarik, mudah difahami dan kaya dengan ilmu.

Dan sudah tentu, jika pelajar mempunyai apa-apa soalan, jangan ragu-ragu untuk bertanya. Soalan sentiasa dialu-alukan.
Penilaian & Maklumbalas

Norazlina Binti Meor Radhi : Matematik

Anak saya memahami dan senang faham

Nurul Azlin : Biologi - DLP Bahasa Inggeris

Alhamdulillah setakat ni berjalan dengan baik

Norazlina Binti Meor Radhi : Matematik

Anak saya memahami dan senang faham

Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Inggeris Darjah 5, Darjah 6, Darjah 4
Matematik Darjah 5, Darjah 6, Cambridge - Tahun 10, Cambridge - Tahun 11, Darjah 4, Tingkatan 5
Sains Darjah 5, Darjah 6, Darjah 4
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4
Biologi - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5