Profile Picture

Nur Amirah *******

Sarjana Muda - Bachelor In Chemical And Bioengineering Technology (Unikl Micet)

Kajang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Nur Amirah Binti Baharudin. Saya adalah lepasan diploma dan ijazah di dalam Chemical and Bioengineering Technology (UniKL MICET). Saya adalah anak sulung daripada 4 orang adik beradik. Saya sudah menggalas tanggungjawab sebagai seorang kakak dan guru untuk mengajar mereka membaca, menulis dan mengira. Sekarang saya di dalam pekerjaan kajian di salah sebuah kerajaan. Besar harapan saya bagi menggalas tanggungjawab untuk mengajar kanak-kanak membaca, mengira dan menulis. Ini demi masa hadapan anak-anak tuan dan puan. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. In shaa Allah. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang saya akan lakukan adalah dalam mod santai dan fun. Ini bagi memastikan kanak-kanak tidak akan bosan di dalam kelasa belajar nanti. Saya berharap ibubapa memberi saya peluang bagi melaksanakan tugas tutor bagi membaca, mengira dan menulis ini untuk anak-anak tuan dan puan. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pelbagai pendekatan yang saya akan gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Membaca - BM Tadika, Darjah 1
Membaca - BI Tadika
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1