Profile Picture

Mohd Norezam *******

Sarjana Muda - Degree In Mechanical Engineering (Universtiti Teknologi Malaysia)

Semenyih, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Pengalaman Tentang Saya Saya Cikgu Norezam. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman dalam mendidik pelajar tadika/taska, sekolah rendah dan sekolah menengah termasuk pelajar STPM dan kursus Asasi/Matrikulasi. Subjek Matematik merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga sering mengendalikan kelas berseorangan dan beramai-ramai secara bersemuka dan secara atas talian (online). Pengalaman mengajar waktu di pusat tusyen berdekatan dan pengalaman di waktu pandemik Covid banyak membantu saya mempertajamkan cara pengajaran dan pembelajaran saya. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Objektif penting saya terapkan adalah menambahkan minat para pelajar dengan matematik. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Teknik Pengajaran

Saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Teknik skor A+ SPM bagi subjek matematik dalam sesi-sesi kelas setahun merupakan suatu teknik yang telah saya rangka sejak tahun 2019. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai seorang pendidik. Bukan sahaja cemerlang tapi minat para pelajar dengan matematik semakin bertambah. Santai, mudah, cepat dan tepat.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, STPM - Tingkatan 6, Universiti - Diploma