Profile Picture

Farah Adriana *******

Diploma / Stpm - Diploma In Civil Engineering

Kajang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang pelajar tahun akhir dari Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM Shah Alam. Saya merupakan seorang pelajar yang aktif dan merupakan Eksekutif Perhubungan Dalaman Dan Korperat bagi Sekreteriat Mahasiswa Fakulti Pengajian Kejuruteraan Awam Sesi 2022/2023. Saya seorang yang ceria dan senang bergaul. Saya juga seorang yang tidak mudah mengalah dan akan sentiasa mencuba perkara baharu. Saya pernah menjalani latihan industri dalam bidang “construction” dan juga “consultant”. Terdapat banyak perkara yang saya belajar dari kedua dua jenis bidang yang pernah saya bekerja. Saya juga senang berinteraksi dengan orang ramai dan akan memastikan mereka tidak janggal.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya ialah fun and simple mode. Saya akan mengajar secara ringkas dan padat dan tidak akan memeningkan kepala. Hal ini kerana, jika terlalu banyak perkara yang diselitkan pada satu masa akan membuatkan pelajar berasa tertekan. Saya juga akan menggunakan teknik memahami dan bukan menghafal. Saya merupakan seorang pelajar dan teknik tersebut sangat membantu dan memudahkan saya. Saya juga akan mengajar dengan tenang dan tidak gopoh kerana saya ingin pelajar tersebut memahami justeru ilmu tersebut akan kekal bersama mereka.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Matematik Darjah 1, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sains Darjah 1, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
P. Islam Darjah 1, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Prasekolah - 3M Tadika
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Geografi Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Reka Bentuk Teknologi Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3